Payudara wanita ini bengkak 2 jam lepasa suntik vaksin

Seorang remaja perempuan dari wilayah Sumatera Barat, Indonesia dilaporkan mengalami bengkak pada payudara kanannya dua jam selepas menerima suntikan vaksin Covid-19, lapor laman berita Suara.com semalam.

Gadis yang hanya dikenali sebagai APS, 17, itu turut dilaporkan mengalami rasa sakit pada bahagian payudara yang sama.

“Buat masa ini, APS berada dalam pemantauan kami dan telah diberikan ubat,” kata Ketua Jabatan Kesihatan Kota Pariaman, Nazifah.

Payudara wanita ini bengkak 2 jam lepasa suntik vaksin

Rasa sakit dan bengkak tersebut dialami dua jam selepas APS menerima suntikan vaksinasi. 

APS sebelum itu menerima suntikan vaksinasi pada 21 Ogos lepas di sebuah pusat vaksinasi daerah sebelum mengadu mengalami rasa sakit pada bahagian payudara kanannya selain turut membengkak.

Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Daerah Sadikin dan dirawat sepasukan doktor pada Isnin lepas.

Keadaannya kini dilaporkan semakin stabil, namun pihak hospital belum mengenal pasti punca kepada masalah itu.

Pihak Jabatan Kesihatan turut menanggung pembiayaan perubatan gadis tersebut kerana keadaan itu berlaku selepas dia menerima suntikan vaksin.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/26/payudara-bengkak-2-jam-selepas-terima-vaksin/

BACA JUGA : Kakitangan sudah 100% divaksin, AirAsia sedia terbang semula