Pawagam boleh beroperasi kembali

Pawagam boleh beroperasi kembali

Pawagam dibenarkan beroperasi semula selepas tiada lagi negeri atau wilayah persekutuan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berkata, aktiviti penggambaran di kawasan dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dan pemulihan (PKPP) juga dibenarkan.

Finas dalam kenyataan berkata, kebenaran itu bagaimanapun tertakluk kepada pematuhan semua garis panduan dan SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ia meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan.”

Katanya, makluman akan dikemas kini di laman www.finas.gov.my dan media sosial Facebook, Instagram dan Twitter @FinasMalaysia.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan PKP di Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur digantikan PKPB, serta pergerakan rentas daerah dibenarkan mulai 5 hingga 18 Mac ini.

Pengusaha pawagam sebelum ini merayu kerajaan membenarkan ia dibuka semula dengan menggunakan tanda pagar #reopencinemas di media sosial.

Ia menyusul rayuan Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) kepada kerajaan untuk membenarkan pembukaan semula pawagam, sejak ia ditutup Januari lalu akibat pelaksanaan PKP.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/02/pawagam-dibenar-buka-tirai-selepas-pkp-tamat/