Biasanya kalau makan di kedai mesti perasan paru goreng di sana tak berbau tapi bila buat sendiri di rumah ada sedikit bau hanyir.
Rupanya ada cara nak pastikan bau hanyir tu hilang semasa paru tersebut direbus bukan dengan air sahaja.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Afy AL Habibi mengenai tip untuk elak paru bau hanyir.
Tip rebus paru yang betul
Bahan-bahan:
Paru lembu
Air
Asam keping
Garam
Serai
Halia
Cara-cara:
Bab pembasuhan sangatlah penting. Basuh banyak kali sampai hilang warna air darah.
Kemudian rendam dengan air gandum, cuka atau perahan limau nipis.
Seterusnya basuh dan toskan lagi sekali sebelum dimasukkan dalam periuk berserta air.
Rebus kira-kira 35 minit dalam api sederhana besar. Tak payah tutup periuk, nanti air melimpah. Sesekali balik-balikkan paru ini.
Nanti cucuk-cucuk tengok keadaan paru sebelum tutup api. Kalau warna dalamnya tidak merah lagi boleh tutup api.
Buang semua air rebusan dan toskan. Nak lalu bawah air sekejap pun boleh sebelum ditoskan.
Hiris ikut saiz disukai.
Rebus banyak tak apa. Nanti hiris dan bekukan. Kalau nak buat sambal paru makan dengan nasi lemak sedap yang jenis kecil dan nipis.
Baca juga:Pekerja kilang sawit 8 hari hilang rupanya termasuk mesin kisar sawit, hanya tinggal serpihan tulang