Patutlah orang tua pesan jangan jawab salam ketika senja, ini rupanya akibat.. Waktu senja, senjakala yang berwarna oren di langit menandakan matahari hampir terbenam. Orang cakap waktu begini syaitan berkeliaran.
Sebab itu, bila tiba waktu senja jangan dibiarkan pintu terbuka, tutup tingkap dan semua orang berada di dalam rumah.
Kadang-kadang pelik, bila tiba waktu senja mualah anak-anak buat hal, nak bergaduh la.
[bg_collapse view=”button-blue” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]
Gambar Hiasan
Ada yang menangis dan sebagainya. Masa ni, mak-mak ‘darah dah naik ke kepala’. Nak marah pun ada.
Mungkinkah waktu senja ini ‘syaitan’ berkeliaran dan menghasut. Boleh jadi juga waktu inilah paling mudah berlaku perkara yang tidak elok. Apa yang dikongsikan oleh Mahfuz Ali ini ada benarnya.
Waktu Senja ‘Syaitan’ Berkeliaran
Borak dengan kawan. Bercerita itu dan ini. Kemudian masuklah bab orang dengki sampai tahap guna ilmu santau dan sihir.
Kemudian saya teringat petua orang lama.
Di antara waktu senja. Nabi dah sarankan anak-anak kecil pastikan berada dalam rumah. Pintu dan tingkap di tutup.
Waktu senja adalah waktu peralihan. Yang mana makhluk jin (syaitan) ini berkeliaran ke sana sini. Inilah waktunya paling mudah berlaku perkara di luar jangka.
Sebab itu orang dulu, selalu pesan pada anak-anak. Pergi main sebelum maghrib pastikan dah ada di rumah.
Oh, ya bab petua orang lama tadi.
Jika waktu senja. Ada terdengar tetamu memberi salam. Usah dijawab terus, jika hanya terdengar untuk kali pertama. Ini antara petanda ada yang berniat tidak baik terhadap tuan rumah dan penghuninya.
Jadi, jika dengar orang bagi salam. Pastikan dulu untuk kali kedua dan ketiga salam diberi. Jenguk keluar dan jawablah salam jika benar ada susuk tubuh manusia di luar sedang menanti.
Saya sendiri ada pengalaman seperti ini. Berlaku waktu maghrib. Terdengar bunyi kenderaan sampai. Terdengar pintu kereta di tutup. Terdengar pula suara yang amat dikenali (salah seorang ahli keluarga).
Salam diberi. Cumanya kami di dalam rumah tidak menjawab. Tunggu beberapa ketika.
Sunyi sepi. Jenguk keluar. Tiada sesiapa pun sebenarnya. Wallahualam. Sekadar petua untuk lebih berhati-hati.
Tonton:
Baca:
Selepas Omicron, kini Deltacron pula menular di seluruh dunia
Hairul Azreen nak saman pasaraya kerana isu sotong, lain pulak yang netizen perasan..
Kajian pengeluaran terakhir KWSP, hasilnya mengejutkan..
[/bg_collapse]