Pasukan marin terkejut jumpa ikan yu muka babi

Seekor ikan yu yang memiliki wajah seperti babi ditemui oleh anggota-anggota pasukan marin Itali di perairan Pulau Elba, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Ikan yu daripada spesies yang jarang ditemui itu menjadi tular kerana mempunyai mata bulat dan muncung seperti seekor babi.

Pasukan marin terkejut jumpa ikan yu muka babi

IKAN ini memiliki mata dan muncung mirip seekor babi serta mengeluarkan bunyi dengus seperti binatang itu.

Haiwan itu dikenal pasti sebagai Angular roughshark atau nama saintifiknya, Oxynotus Centrina.

Ikan tersebut turut dikenali sebagai yu berwajah babi.

Ikan jerung itu juga disenaraikan dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam (IUCN) sekali gus spesies terancam.

Haiwan marin itu pada kebiasaannya hidup pada kedalaman 700 meter di bawah laut.

Wakil Akuarium Elba, Yuri Tiberto memberitahu bahawa penemuan ikan yu jenis tersebut sangat jarang berlaku.

“Sebaik sahaja ditangkap, ikan yu itu dibawa ke akuarium kami untuk menjalani pemeriksaan sebelum dilepaskan semula ke laut.

“Kami membatalkan hasrat untuk memeliharanya di dalam salah satu tangki akuarium kerana ia adalah sejenis spesies yang tidak sesuai untuk dipelihara dalam kurungan,” kata Tiberto.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/11/ikan-yu-wajah-babi-ditemui-di-itali/

BACA JUGA : Panas !!! Ahmad Maslan dedah kenapa dirinya tak terpilih jadi Menteri