Passport vaksin Covid-19? Ini penjelasan WHO

Passport vaksin Covid-19? Ini penjelasan WHO

Passport vaksin Covid-19? Ini penjelasan WHO.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempertahankan pendiriannya bahawa pasport vaksin COVID-19 tidak diperlukan untuk perjalanan antarabangsa, di tengah perbahasan yang semakin meningkat untuk menyekat kemasukan pelancong yang tidak divaksinasi.

Pakar bebas berpendapat, vaksinasi tidak boleh menjadi satu-satunya syarat untuk membenarkan perjalanan antarabangsa memandangkan akses global yang terhad, selain pengedaran vaksin COVID-19 yang tidak adil.

Mereka sebelum ini mengatakan, memerlukan bukti vaksinasi akan mengurangkan lagi jurang ketidaksamaan dan juga mendorong kepada kebebasan bergerak yang tidak sama.

Passport

Negara-negara miskin yang kurang mendapat akses kepada vaksinasi perlu diberi pengecualian sekiranya pasport vaksin dilaksanakan, kata beberapa pakar kesihatan.

Kesatuan Eropah awal bulan ini melancarkan sistem sijil digital COVID-19 yang direka untuk membantu warganegara melakukan perjalanan dengan lebih bebas di blok 27 negara dan membuka pelancongan musim panas.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/07/839917/tidak-perlu-pasport-vaksin-untuk-perjalanan-antarabangsa-who

jika Terlepas:Sidang khas hanya taklimat satu bentuk penderhakaan, wajar diboikot