Pasangan pengantin baharu tak kesampaian adakan kenduri, isteri maut akibat Covid-19

Pasangan pengantin baharu tak kesampaian adakan kenduri, isteri maut akibat Covid-19

Rindu yang tiada penghujung itulah perumpamaan yang boleh digambarkan oleh Leftenan Muhammad Iqmall Muhammad Sukri iaitu suami kepada jururawat Hospital Labuan, Aishah Mohd Zamri yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

Lebih menyayat hati apabila isterinya telah ‘pergi’ buat selama-lamanya beberapa hari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka.

Disahkan positif selepas jadi kontak rapat

Menurut suaminya, arwah telah disahkan positif COVID-19 selepas menjadi kontak rapat kepada seorang pesakit yang sedang menerima rawatan di wad hospital dan pada 26 Mei lalu isterinya telah dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan selanjutnya.

Bercerita mengenai kisah mereka, dia bersama arwah telah bernikah pada 5 Jun tahun lalu, namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan mereka tidak mengadakan sebarang majlis kecuali hanya pelamin ringkas untuk merakam momen-momen indah mereka.

Arwah ada merancang untuk mengadakan majlis kenduri, namun tidak menjadi kenyataan kerana PKP yang berlanjutan, selain kekangan tugaasnya sebagai jururawat.

‘Pergi’ bersama anak dalam kandungan

Lebih memilukan lagi apabila Aishah ‘pergi’ bersama anak sulung dalam kandungannya yang diberi nama Muhammad Adam Muslim.

Kali terakhir Iqmall dapat berhubung dengan arwah isterinya itu pada tengah malam Isnin kerana arwah akan ‘ditidurkan’ ketika menjalani rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan doktor telah membuat pembedahan kecemasan bagi mengeluarkan bayinya, namun tidak dapat diselamatkan.

Berita Penuh : https://ohbulan.com/tak-sempat-buat-kenduri-kahwin-suami-reda-pemergian-isteri-bersama-anak-dalam-kandungan-akibat-dijangkiti-covid-19