Pas tentukan calon PRN Sarawak malam ini

SD

Pas tentukan calon PRN Sarawak malam ini.Keputusan sama ada Pas akan meletakkan calon atau tidak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan ditentukan pada Ahad malam.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas akan mengadakan satu mesyuarat pada Ahad malam untuk meneliti perkara itu.

“Kita akan membincangkan secara terperinci berhubung peletakan calon padaPRN Sarawak.

“Keputusan sama ada hendak meletakkan calon atau sebaliknya akan diputuskan dalam mesyuarat Ahad malam,” katanya ketika ditemui di Kampung Pohon Celagi di sini pada Ahad.

Memetik laporan Sinar harian,Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) berkata demikian selepas Lawatan Kerja di Projek Penstabilan Tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi di sini pada Ahad.

Hadir sama Pengerusi Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Keusahawanan negeri, Datuk Hanifa Ahmad; Pengerusi Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan, Kamal Mustapha.

Beliau mengulas, mesyuarat itu tidak diadakan di Kelantan, namun tidak menjelaskan lokasi sebenar mesyuarat tersebut akan diadakan.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Sarawak akan mengadakan PRN pada 18 Disember dengan peruntukan 12 hari berkempen diikuti hari pencalonan pada 6 Disember ini.

Sebelum ini, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti itu tidak bertanding dalam PRN Sarawak sebaliknya Bersatu akan membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada PRN itu nanti.

BACA: Jamil Khir kini Penasihat Agama PM?

Artikel ini disiarkan pada 28/11/2021

COMMENTS

Wordpress (0)