Leman Raja Lawan hari ini membalas kenyataan Ustaz Mohtar Senik berhubung dengan kerjasama sama PAS dan UMNO. Beliau berpendapat bahawa teknik politik yang dibawa PAS dan UMNO adalah satu politik songsang yang mengelirukan bangsa melayu.
“PAS dan UMNO berkata mereka bersatu atas dasar melayu dan Islam, saya tidak nampak dimana bentuk penyatuan PAS dan UMNO untuk kepentimgan orang melayu, apa yang sy boleh ungkapkan disini ialah, PAS tidak pernah mengumumkan penyatuan bersama UMNO tetapi hanyalah berbentuk kerjasama, dan jika ianya dipanggil kerjasama, ianya tidak bermadsud kepada penyatuan melayu semata2 , malah ada ketidakjujuran dan permainan politik songsang PAS dan UMNO yang telah mengelirukan kaum melayu”.
Suatu masa dulu, Bekas Mursyidul Am PAS iaitu Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata bahawa parti PAS tidak perlu mengadakan sebarang rundingan dengan Umno selagi ia mengamalkan dasar kebangsaan.
Malahan beliau menganggap kenyataan dari UMNO bahawa mereka bersedia berunding dengan PAS atas kepentingan Islam, hanyalah sebagai alat tipu daya kepada PAS.
“Saya masih ingat kata2 Allahyarham TGNA satu masa dulu”Kalau nak jaga Islam lebih baik dia buat sebagaimana dia sebut tukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam barulah benar-benar menampakkan kita ni ikhlas dengan Islam,” jadi apa yang berlaku hari ini, UMNO tidak menukar dasarnya malah PAS pula meletakkan assobiyah sebagai perjuangan utama parti .
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ustaz Mohtar Senik semalam bahawa Umno dan PAS berunding untuk kepentingan umat Islam negara ini adalah hanyalah retorik politik.
Jika PAS ihklas dan jujur ingin bekerjasama dengan UMNO, eloklah Presiden PAS Hj Hadi Awang mengumumkan kemasukan PAS ke dalam BN, itu baru betul untuk perjuangan melayu islam.
Leman Raja Lawan juga berkata” Menjelang PRU15, dari segi pengamatan politik , PAS dan UMNO akan bergaduh besar besaran dalam pembahagian kerusi dan sekali lagi akan menyebabkan perpecahan melayu itu sendiri.Buat masa sekarang mereka masih boleh bersenyum dan sepentas”.
Apa yang saya dapat maklumat dari sumber dalaman parti pembangkang , PAS dan UMNO dalam menyusun strategi sesama mereka kerana ketidak saling percaya mempercayai antara satu sama lain.
Ahli2 PAS dan UMNO dibawah yang bijak berpolitik atau lebih bahasa mudah ( team bukan otak kayu ) melihat gelagat pimpinan2 tertinggi mereka dengan kerjasama songsang atas nama perjuangan penyatuan melayu islam .Mereka yang dibawah mengetahui bahawa Umno dalam perancangan kenakan PAS dan juga dalam perancangan ingin kenakan UMNO.
Suatu hari mereka akan sedar bahawa permainan isu perkauman bangsa ( Asobiyah )dan pergunakan nama islam sebagai benteng politik yang mereka canangkan itu akan memakan diri mereka sendiri.