Pas sokong Muhyiddin, disko pub perlu ditutup selama-lamanya

Pas sokong Muhyiddin, disko pub perlu ditutup selama-lamanya

Pemimpin Pas yang merupakan menteri yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini melahirkan sokongan terhadap kata-kata seloroh Muhyiddin untuk menutup terus pusat hiburan.

Menerusi laman FB beliau : Kenyataan PM tepat. Kalau tak buka selamanya pun tak apa. Berhibur sahaja di rumah masing-masing bersama rakan dan taulan. Tidak perlu berpesta sehingga mabuk lalu menimbulkan pelbagai lagi permasalahan. Hanya segelintir yang suka. Ramai yang tidak bersetuju. Ikutlah suara ramai sebagai suara demokrasi majoriti dan minoriti.

Bagaimanapun pengusaha pusat hiburan melahirkan rasa terkejut mereka dengan kenyataan Muhyiddin tersebut.

Semalam, menteri wilayah persekutuan menyatakan kerajaan tidak berhasrat menutup operasi pusat hiburan tetapi hendaklah mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan.

Mutakhir ini orang ramai melihat kenyataan pemimpin Pas banyak untuk dapatkan sokongan ahli mereka yang semakin kecewa dengan pendirian pemimpin parti itu yang berubah-ubah semenjak menjadi kerajaan.

Perjuangan yang dilaungkan sebelum menjadi kerajaan kini dilihat mula diketepikan demi untuk mengekalkan kuasa bersama Umno dan Besatu serta MCA, MIC.

Sumber :

COMMENTS