Pas Shah Alam lapor Polis pengguna facebook sindir dan sinis terhadap Presiden Pas

Pas Shah Alam lapor Polis pengguna facebook sindir dan sinis terhadap Presiden Pas

Tiga laporan polis dibuat terhadap akaun Facebook Azhar Ismail ekoran memuat naik imej berbaur sindiran dan sinis terhadap Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Laporan polis itu dibuat semalam oleh Setiausaha PAS Kawasan Shah Alam, Ubaidillah Fahim Ibrahim, Ketua PAS Cawangan Kampung Kuantan Shah Alam, Habib Halil dan Nurul Amin di Balai Polis Sesyen 6 Shah Alam.

Memetik portal Berita PAS, pemilik akaun yang dipercayai Ketua Amanah (PAN) Ledang telah memuat naik satu gambar provokasi murahan di akaunnya.

Imej Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah dan imej dipercayai Jesus Christ dimuatnaik pada 4 Oktober jam 7.33 petang disunting mengisarkan latarbelakang dan penampilan yang hampir serupa bersama keterangan “Berseri wajahnya… Tanda cahaya keimanan.Takdirrrr355un“.

“Hantaran Facebook itu dengan keterangan sinis dan sindir itu jelas menunjukkan tindakan provokasi dipercayai untuk menjatuhkan imej individu tersebut.

“PAS berharap agar tindakan segera dan berat diambil oleh pihak berkuasa ke atas pemilik akaun berkenaan,” seperti dipetik portal Berita PAS.

Hasil semakan Harakahdaily pada hari ini, satu lagi status dimuat naik semalam.

Semakan Harakahdaily di Facebook Azhar Ismail mendapati pemilik akaun berkenaan memuat naik lagi dua keping gambar bersama terjemahan ayat dari Surah al-Ahqaaf semalam pada jam 8.13 pagi.- HARAKAHDAILY 7/10/2020

Berita penuh : https://harakahdaily.net/index.php/2020/10/07/pas-shah-alam-lapor-polis-fb-hina-tuan-guru/