Pas setuju konsep Keluarga Malaysia

Pas setuju konsep Keluarga Malaysia. PAS menyambut baik konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri untuk diterapkan dalam pentadbiran kerajaan, berteraskan nilai keterangkuman dan kebersamaan, seterusnya menjadi intipati utama pelaksanaan RMK12 dan Belanjawan 2021.

PAS menerima realiti kemajmukan kaum dan agama di Malaysia dengan memperkenalkan konsep adil untuk semua, tiada paksaan dalam beragama dan wajib bertolong-tolongan antara satu sama lain, di atas konsep perpaduan umat manusia yang merupakan satu keluarga besar walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

pas

PAS melalui pentadbiran di Kelantan, Terengganu dan Kedah sudah berjaya membuktikan bahawa keadilan kepada semua telahpun direalisasikan, melalui hak beragama, bermasyarakat dan berkebajikan yang dipelihara oleh Kerajaan di bawah kepimpinan Islam.

Justeru PAS menerima konsep Keluarga Malaysia yang dipimpin oleh Islam bagi menjamin kestabilan negara, seterusnya mengajak semua pihak untuk menjayakan hasrat murni ini demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

BACA JUGA : Najib penjenayah VIP pertama Malaysia, dapat semula pasport – Tun Mahathir

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Pas setuju konsep Keluarga Malaysia […]