PAS rayu sumbangan biayai kes saman Sarawak Report

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad merayu sumbangan orang ramai bagi menampung kos membayar peguam di United Kingdom yang perlu dijelaskan sebanyak RM 400,000 bagi kes saman Sarawak Report. Setakat sekarang wang terkumpul sebanyak RM 69,000 diperoleh dan baki RM 331,000 lagi diperlukan.

Menurut Idris, PAS sudah membelanjakan RM 2.5 juta untuk kos guaman disana dan menjangkakan masih memerlukan jumlah wang yang banyak untuk meneruskan kes saman tersebut. Kes saman Sarawak Report adalah antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Presiden PAS menyaman Claire kerana menuduh beliau mendapat RM 90 Juta dari Datuk Seri Najib yang ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia.