Pas pernah tolak pengisytiharan darurat di Kelantan pada 1978, anggap tidak demokratik

Pas pernah tolak pengisytiharan darurat di Kelantan pada 1978, anggap tidak demokratik

42 tahun yang lalu, tepatnya di tahun 1978 PAS bermatian menentang pembentangan usul satu Akta Darurat untuk Kelantan di Parlimen.

Berdasarkan ucapan Dato Asri Haji Muda dan beberapa pemimpin PAS masa itu tindakan MAGERAN kan Kelantan adalah satu tindakan tidak demokratik dan bertentangan dengan demokrasi.

Itu tahun 1978, Tahun 2020. Kerajaan Muhyiddin Yasin hendak proklamasikan darurat satu Malaysia, menggantung Parlimen berkuasa secara undang-undang melalui Akta MKN 2016. Tanpa membawa usul atau di bentangkan di Parlimen.

PAS penyokong kuatnya kerana PAS yang menjaga Undang-undang. Kenapa PAS tak buka al-quran. Buka hadis, cari sirahnya yang membolehkan darurat di proklamasikan.

Tok Guru Haji Hadi Awang.. tolonglah buat kenyataan sikit. Jika Tok Guru tak beri tazkirah, pada siapa lagi kami nak rujuk.Atau PAS, dulu lain, sekarang lain.

SangKelembai.- FB