Pas Nafi Sokong Muhyiddin, Tetap Mahu Bubar

Pas Nafi Sokong Muhyiddin, Tetap Mahu Bubar

Setiausaha Pas dalam satu ciapan hari ini menafikan bahawa parti itu telah menandatangani SD untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai perdana Menteri seperti yang dilaporkan oleh portal The STAR.

Sebaliknya semua kenyataan rasmi parti itu hanya dikeluarkan oleh Presiden dan Setiausaha Agongnya sahaja.

Sebelum ini The Star melaporkan semua Ahli Parlimen PAS dan Umno telah menandatangani akuan berkanun (SD) untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Timbalan Presiden PAS itu, mereka bersama-sama dengan Umno, pada mulanya menandatangani akuan bersumpah untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

“Ketika Dr Mahathir mengumumkan peletakan jawatannya dan enggan menerima jawatan, Muafakat Nasional menandatangani SD untuk Muhyiddin.