Pas minta semua pihak terima Taliban secara positif

Pas minta semua pihak terima Taliban secara positif

Pas minta semua pihak terima Taliban secara positif.Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat kenyataan awal pihak Taliban yang kembali menguasai Afghanistan bulan lalu perlu diterima secara positif.

Menurut Ahli Parlimen Marang berkenaan, sikap tersebut lebih baik berbanding laporan negatif pihak media Barat susulan pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) selepas selama 20 tahun berada di negara itu.

“Walaupun masih terlalu cepat untuk membuat penilaian, perkara ini adalah lebih baik daripada penulisan mereka yang hanya merujuk kepada laporan media Barat semata-mata yang mahu menutup malu kerana kalah dalam operasi ketenteraan dan percaturan politiknya.

“Kita perlu mengalu-alukan secara positif kenyataan awal yang dikeluarkan oleh kumpulan tersebut (Taliban), bahawa mereka mengambil pendekatan meraikan masyarakat majmuk yang terdiri daripada suku kaum dan pelbagai mazhab dalam negaranya,” katanya hari ini.

pas

Hadi berkata demikian dalam Minda Presiden Pas bertajuk, “Ciri Wasatiyyah Bersama Masyarakat Majmuk” pagi ini.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, kumpulan Taliban hari ini terdiri daripada golongan ulama yang dianggap “berfikiran dengan politik matang dan sejahtera”.

Katanya, mereka terbabit perlu dibezakan dengan kumpulan Taliban iaitu “para pelajar yang masih mentah” pada tahun 1994.

“Kumpulan Taliban pada hari ini yang telah berjaya mengundurkan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan menguasai perundingan dengan para diplomat negara besar itu,” kata Hadi lagi.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/pas-ulangi-seruan-terima-taliban-secara-positif/

BACA: Guru Besar dakwah telah pergi meninggalkan kita – Mujahid