Pas miliki calon yang hebat di Sabah

Pas miliki calon yang hebat di Sabah

Dengan jumlah kawasan yang ada serta kewujudan agensi parti seperti Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), PAS yakin untuk meletakkan antara enam hingga 10 calon dalam pilihan raya negeri bulan depan.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata dia yakin parti itu berada dalam kedudukan boleh berunding dengan rakan mereka dan “mampu” bersaing dengan parti lain.

“Kita ada 20 kawasan PAS di Sabah, begitu juga agensi-agensi seperti Pasti, sekolah dan sebagainya.

“Kita yakin, ini berada dalam perundingan kita dan kita mampu,” katanya seperti dipetik portal rasmi PAS, harakahdaily, hari ini.

Sabah akan mengadakan PRN pada 26 Sept ini selepas Yang di-Pertua Negeri, Juhar Mahiruddin bersetuju dengan nasihat diberikan ketua menteri, Mohd Shafie Apdal, agar membubarkan DUN.

Ia berlaku selepas pemimpin Umno Sabah, Musa Aman, cuba melakukan gerakan bagi merampas kerajaan negeri daripada pentadbiran Warisan yang diketuai Mohd Shafie.

Berbeza daripada PRN sebelum ini, PAS berada bersama Umno – dalam Muafakat Nasional – serta Bersatu – melalui Perikatan Nasional – untuk menghadapi Warisan dan Pakatan Harapan (PH).

Penyertaan PAS dalam PRN Sabah bukanlah asing. Bagaimanapun parti itu tidak pernah memberikan impak yang signifikan dalam setiap penyertaan mereka.

DUN Sabah mempunyai 60 kerusi secara keseluruhan, selain lima Adun lantikan.

Tuan Ibrahim berkata buat masa ini jumlah sebenar kerusi yang akan ditandingi parti itu belum dapat dipastikan kerana ia masih dirundingkan bersama Muafakat Nasional.

Menteri Alam Sekitar dan Air itu juga memberitahu PAS memiliki senarai calon yang hebat untuk diketengahkan dalam PRN akan datang.

“Kita ada bekas pegawai daerah, pensyarah universiti, jurutera dan sebagainya… kita bersedia untuk terus bertanding,” katanya.

BACA LAGI : “Lepas bagi depa teghiak, last sekali suruh undi calon BN” Abdullah Khairi dedah taktik kempennya di masjid

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/540430

COMMENTS