Pas Melaka sokong bubar Dun untuk adakan PRN

PAS Melaka menganggap pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri ini.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek, berkata dalam situasi sekarang, sesiapa saja yang membentuk kerajaan negeri dilihat tidak stabil susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik menarik sokongan kepada Kerajaan Melaka .

Katanya, langkah terbaik adalah dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat menentukan pemerintahan kerajaan baharu menerusi PRN.

Pas Melaka sokong bubar Dun untuk adakan PRN

Kamaruddin Sidek.

“Tindakan lompat parti bukan saja satu pengkhianatan, bahkan menyusahkan banyak pihak. Kesan gangguan kepada pentadbiran kerajaan juga perlu diatasi selepas ini bagi mengelak kejadian sama kembali berulang,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, empat ADUN daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas mengumumkan hilang kepercayaan, sekali gus menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Perkembangan itu secara teknikal menyaksikan Kerajaan Melaka tumbang kerana hilang majoriti sokongan.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/872671/pas-melaka-saran-bubar-dun

BACA JUGA : Terkini !!! Sah Dun Melaka dibubarkan