PAS mampu buat kejutan di Melaka – Takiyuddin

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata lapan wakil PAS yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mampu membuat kejutan dan menarik pengundi muda.

Memetik laporan Malaysiakini, beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu berkata kesemua calon PAS itu datang daripada pelbagai latar belakang, namun mempunyai ‘satu sasaran’ iaitu membawa kemenangan kepada parti di bawah ‘payung’ Perikatan Nasional (PN).

PAS mampu buat kejutan di Melaka - Takiyuddin

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan

Sabtu lepas Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan gabungan itu akan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka, dengan 15 kerusi diwakili Bersatu, PAS (lapan) dan Gerakan (lima).

Lapan kerusi yang akan ditandingi PAS adalah Kuala Linggi, Taboh Naning, Durian Tunggal, Kelebang, Bukit Katil, Duyong, Serkam dan Merlimau.

Takiyuddin ketika ditanya pemberita selepas menghadiri Majlis Penganugerahan ‘Product Safety Award’ 2021 di sini hari ini berkata, “Saya optimis mereka boleh bantu PAS untuk capai kemenangan kalau tidak 100 peratus pun, sekurang-kurangnya dapat tarik pengundi muda dan buat kejutan.”

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov, susulan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas setelah empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

BACA JUGA : Jadi jutawan lepas cucuk vaksin
Panas !!! Penjawat awam Kementerian Pendidikan paling ramai belum divaksin

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : PAS mampu buat kejutan di Melaka – Takiyuddin […]