Pas Kelantan Sekat Program YADIM

Baru sahaja tular di media sosial surat daripada Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dibenarkan oleh Menteri Pendidikan Dr. Mazlee Malik untuk masuk berprogram di sekolah-sekolah dan premis milik Kementerian Pendidikan Malaysia. Menteri Pendidikan di dalam suratnya meyatakan mereka tiada halangan untuk Timbalan Presiden Pas itu masuk ke sekolah-sekolah.

Malah, beberapa hari lepas tersebar gambar dan berita Presiden Pas menjadi tetamu dan terlibat di dalam program di sebuah sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Walau bagaimanapun hari ini tular pula berita bagaimana penyokong Pas telah menghalang dan mengarahkan agar sebuah masjid di Kampung Seribong, Pasir Tumboh membatalkan kuliah maghrib anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Kuliah maghrib yang dihalang itu sepatutnya disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz di Masjid Al – Hidayah, Kampung Seribong, Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan.

“Kenapa Pas nak halang kuliah maghrib ini? Apakah mereka tidak sedar bahawa Menteri besar Kelantan sendiri telah keluarkan kenyataan menyokong kerajaan pimpinan Tun Mahathir sekarang?” Ujar seorang Pegawai Tadbir, Abdullah Zawawi Abdul Wahab, 36.

“Ketika rakyat mengharapkan kemunculan politik baru di Malaysia dan sinar dakwah Islam nak diperluas, tiba-tiba ada yang menghalang pula” ujarnya dengan nada kesal.

“Jika dengan orang Umno yang pernah mereka kafirkan boleh mereka berpeluk sekarang, kenapa mereka tidak boleh menerima sesama Islam? Kenapa benda yang baik sebegini dihalang?” Soal Ustaz Ariff Bashiruddin, 32, seorang guru ugama tempatan.

Pihak InfoRakyat sedang mendapatkan respon dari pimpinan Pas Kelantan tentang isu ini.