Parlimen sedia bersidang bila-bila masa, terpulang kepada PM – Speaker

Parlimen sedia bersidang bila-bila masa, terpulang kepada PM – Speaker

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhak menetapkan tarikh persidangan Parlimen mengikut waktu yang dirasakan sesuai oleh beliau.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun turut sifatkan pihaknya sedia menjalankan sidang Parlimen pada bila-bila masa yang ditetapkan.

“Perdana Menteri berkuasa menetapkan tarikh sidang Parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Beliau berhak memanggil sidang mengikut Perlembagaan, malah beliau telah menyatakan secara rasional berkenaan kewajaran tempoh tersebut.

“Antaranya kerana angka COVID-19 dan sebagainya, jadi bagi pihak Parlimen, kita menunggu tarikh persidangan ditetapkan nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas perutusan khas Perdana Menteri ketika mengumumkan Pelan Pemulihan Negara bahawa sidang Parlimen boleh diadakan dalam Fasa Ketiga Strategi Pelan Pemulihan Negara iaitu sekitar September atau Oktober ini, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Muhyiddin menegaskan, beliau kekal dengan pendiriannya bahawa sistem Demokrasi Berparlimen boleh berfungsi semula pada masa yang sesuai, setelah kes COVID-19 terkawal dan hampir mencapai imuniti berkelompok.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/parlimen-sedia-bersidang-bilabila-masa-ydp-dewan-rakyat-303625