Media sosial dipenuhi dengan gambar sekeping lafaz ikrar Rukun Negara. Rata-rata penyokong pembangkang memuat naik gambar tersebut dengan memberi bayangan seolah-olah ianya adalah ikrar baru dibawah kerajaan baharu. Namun beberapa netizen lain membalas balik dengan menolak dakwaan tersebut kerana lafaz ikrar itu adalah lafaz ikrar yang sama semenjak puluhan tahun dan tiada perubahan. Namun kerana fobia dengan perkataan “liberal” yang terkandung di dalam lafaz tersebut, maka sebahagian netizen pro pembangkang menganggapnya wujud hanya selepas kerajaan baharu mengambil alih.

