Panas !!! Zahid umum tak hadir undi bajet 2022

kerajaan PN

Zahid umum tak hadir undi bajet 2022.Ahli Parlimen Bagan Datuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memaklumkan Dewan Rakyat, beliau tidak dapat menyertai proses pengundian Bajet 2022 yang akan dibentangkan pada 29 Oktober ini.

Presiden UMNO itu berkata, beliau terpaksa mengecualikan diri dari proses berkenaan, memandangkan beliau terpaksa menjalani rawatan di Jerman.

Jelasnya lagi, Mahkamah Tinggi telah memberi pelepasan sementara agar dikembalikan pasport antarabangsanya antara 26 Oktober hingga 21 November tahun ini.

“Seperti yang diputuskan Mahkamah, saya dibenarkan untuk memperoleh pasport secara sementara antara 26 Oktober hingga 21 November. Sehubungan itu saya memohon maaf kerana tidak dapat mengambil bahagian dalam pengundian Bajet 2022.

“Tetapi yakinlah, semangat saya juga bersama Bajet ini, yang akan dibentangkan nanti,- katanya ketika mencelah perbahasan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN Pontian), berkenaan pindaan ke atas Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020, hari ini.

Zahid

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin membenarkan permohonan Ahmad Zahid supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkan beliau menerima rawatan di Munich, Jerman.

Datuk Ahmad Zaidi Zainal, yang mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu memaklumkan permohonan tersebut adalah perkara sama yang dibuat anak guamnya yang menderita sakit belakang serta leher dan perlu mendapatkan rawatan daripada pakar terkemuka Jerman, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lepas.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya, selaku pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN.

Selain itu, beliau didakwa mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/maaf-tak-dapat-hadir-undi-bajet-2022-harus-jalani-rawatan-di-jerman-zahid-324968

BACA: Sungai tiruan akan dibina di Kemaman dengan kos RM300 juta – Exco

COMMENTS

Wordpress (0)