Panas !!! Warga emas dilapor mati di wad Covid-19 selepas tak dipedulikan

Seorang lelaki warga emas dilihat merangkak atas lantai dan cuba memaut pada katil untuk berdiri sebelum rebah, tanpa seorang pun datang membantunya.

Kejadian itu didakwa dirakam di sebuah wad hospital di Kedah dengan video berkenaan kini tular dan mencetuskan kemarahan warganet.

Lelaki itu dikatakan terbaring di lantai tanpa sesiapa pun datang menjenguknya sehinggalah menghembuskan nafas terakhir kira-kira 40 minit kemudian.

Warga emas dilapor mati di wad Covid-19 selepas tak dipedulikan

Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu cuba berdiri dengan memaut pada katil sebelum rebah. Dia dilaporkan meninggal dunia 40 minit kemudian.

Beberapa video menunjukkan lelaki yang sangat lemah itu cuba berdiri dengan memaut katil pesakit lain di lokasi dipercayai wad Covid-19.

Video itu kemudian menunjukkan lelaki berkenaan terbaring kaku di lantai, manakala beg kencingnya bersebelahan.

Kejadian dikatakan berlaku di hospital kerajaan berdasarkan jubah hijau dipakai pesakit lain yang sering dilihat di lokasi seperti itu.

Mesej yang menyusuli video itu mendakwa seorang pesakit telah memaklumkan jururawat bertugas mengenai warga emas berkenaan, namun hanya disuruh “memeriksa sama ada lelaki itu masih hidup atau tidak.”

Mesej itu turut mendakwa lelaki berkenaan dibiarkan terbaring selama 40 minit selepas rebah, tanpa sesiapa datang memeriksanya.

Dia kemudian disahkan sudah meninggal dunia.

Seorang pegawai kesihatan Kedah memberitahu FMT, perkara itu sedang disiasat dan maklumat lanjut akan diberikan kemudian.

FMT juga menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Kedah Dr Mohd Hayati Othman untuk ulasan lanjut.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/30/merangkak-untuk-bantuan-warga-emas-mati-di-wad-covid-19-selepas-tak-dipeduli/

BACA JUGA : Akta lompat parti bukan penyelesaian, kata Najib