Panas !!! Video tular lelaki kena ‘paksa’ duduk ICU, ini penjelasan KKM

Video tular lelaki kena ‘paksa’ duduk ICU, ini penjelasan KKM.Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) ingin merujuk kepada kenyatan dan video yang ditularkan di dalam media sosial Facebook pada 12 September 2021. berkenaan isu pesakit Covid-19 dimasukkank ad rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.

Untuk makluman. Encik Affendy Bin Mohd Yusof telah di masukkan ke wad rawatan rapi ((CU) selepas disahkan mengalami penyakit COVID-19 tahap 4 dan pemeriksaan awal menunjukkan penurunan tahap oksigen dalam darah yang sangat membimbangkan. Sehubungan dengan itu, rawatan terapi oksigen telah dimulakan. Namun begitu, pemeriksaan lanjut mendapati keadaan pesakit semakin krilikal sehingga kadar oksigen dalam darah pesakit hanya dapat distabilkan dengan menggunakan mesin bantuan pemnapasan iaitu ventilator.

Pegawai Perubatan Pakar Rawatan Rapi dan ICU telah memaklumkan tentang keadaan kritikal ini kepada pesakit dan ahli keluarganya. Pihak hospital juga telah menjelaskan berulang kali kepada ahli keluarga dan pesakit sendiri tentang risiko yang boleh membahayakan kepada tubuh dan nyawa pesakit sekiranya tidak membenarkan pihak hospital memberikan rawatan tersebut. Walau bagaimanapun, pesakit masih tidak bersetuju dengan rawatan yang telah disyorkan dan CUP rnemohon agar dibenarkan pulang atas risiko sendiri.

Pihak hospital masih menempatkan pesakit di ICU untuk pemantauan walaupun pesakit enggan menerima rawatan terapi oksigen dan alat bantuan pernafasan ventilator memandangkan keadaan pesakit yang masih kritikal dan berisiko menyebarkan penyakit COVID-19 kepada individu lain sekiranya dibenarkan pulang.

Pihak Hospital juga menafikan bahawa pesakit tidak diberi makanan semasa di ICU. Untuk makluman, pesakit di ICU telah diberi makanan berbentuk cecair seperti susu bagi memudahkan proses penghadaman dan mengetakkan komplikasi. Pihak Hospital sentiasa prihatin dan akan meneruskan pemantauan terhadap pesakit tersebut serta akan  sentiasa memberi rnaklumbalas berkala kepada keluarga pesakit.

Justeru, diingatkan agar orang awam dan pesakit yang mempunyai se.rang pertanyaan, aduan atau cadangan dipohon berhubung secara terus dengan pihak hospital yang berkenaan untuk penambahbaikan perkhidmatan.

Sekian harap maklum.
DR. MA’AROF BIN SUDIN PENGARAH KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG 13 September 2021

Video

Video

Sumber:

BACA: Panas !!! Tular video lelaki dakwa ‘dipaksa’ tinggal di wad ICU Covid-19