Panas !!! Usaha Ebit Liew bantu sediakan bas percuma untuk siswa dapat bantahan pihak Universiti

Usaha Ustaz Ebit Liew menyediakan puluhan bas percuma untuk memastikan siswa selamat sampai ke kampung nampaknya bukanlah satu usaha yang mudah bahkan ia mendapat bantahan dari pihak universiti sendiri.

Ustaz Ebit dalam status FB memohon maaf atas tindakan yang telah diusahakannya itu dan menangguh seketika perjalanan 20 buah bas lain yang telah ditempah sehingga kerumitan ini diselesaikan. Melalui statusnya beliau menulis :

Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran upsi terutama vice cancelor sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka. Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga. Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri. Saya terpaksa tangguhkan 20 bas. Asal saya niat buat semua ini untuk pelajar berdasarkan keluhan saya tanggung dan dengari. Sebab dulu saya berhari-hari lapar tu biasa. Saya memang jarang balik kampung sebab tiada duit. Selalu tidur masjid jer dulu. Makan pun tumpang dekat masjid.

Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat. Biasa naik bas bayar tapi kali ini free dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke bus stop dan naik train. Saya tangguhkan 20 bas sehingga di beri kelulusan. -ebitlew

Kekalutan siswa dalam proses pendaftaran Universiti timbul bila ada arahan saat akhir untuk menangguhkan pendaftaran secara fizikal. Walaubagaimanapun semua pelajar telah pun bersiap sedia untuk mendaftar dan masing-masing sudah berada di sekitar kampus masing-masing untuk pendaftaran sebelum dimaklumkan pembatalan pendaftaran tersebut.

Tindakan saat akhir ini mengundang rasa marah banyak pihak dan desakan agar menteri Pengajian Tinggi meletakkan jawatan mula kedengaran di sana-sini.

Sumber :

COMMENTS

Wordpress (0)