Panas !!! Undi percaya pada 7 September, kata Menteri

Undi percaya

Undi percaya pada 7 September. Tarikh terkini bagi membentangkan undi percaya di Parlimen adalah pada 7 Sept, bukannya 18 Ogos seperti didakwa, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun sudah pun menyerahkan notis pemberitahuan kepada semua Ahli Parlimen mengenai perkara berkenaan.

“Notis sudah dikeluarkan oleh Speaker iaitu 7 Sept untuk diadakan undi percaya. Buat masa ini itu adalah tarikh yang ada di pihak kami,” katanya pada sidang media secara maya selepas sesi turun padang bersama pegawai Cybersecurity Malaysia.

Saifudin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, mengenai pelaksanaan undi percaya berkenaan, Jemaah Menteri masih berbincang mengenai kaedah yang akan digunakan sama ada ia akan dibawa oleh Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob atau menteri lain yang akan diarahkan oleh Kabinet.

Undi percaya

“Di peringkat sekarang, kami masih berbincang bagaimana untuk melaksanakannya. Walaupun kita ada ‘precedent in the past’ tetapi ia bukanlah pada suhu yang sama sekarang,” katanya sambil menegaskan dalam arena politik, pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

Beliau menjawab mengenai laporan media tempatan yang mengatakan terdapat usaha untuk mempercepatkan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dibentangkan pada 18 Ogos ini.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/12/undi-percaya-pada-7-sept-bukan-18-ogos-kata-saifuddin/

BACA: Panas !!! Khalid Samad dedah strategi Umno mahu berkuasa