Gerakan dan cetusan idea untuk Bersatu dan Umno duduk bersama bagi menghadapi pilihan raya akan datang sudah mula terserlah. Mungkin bagi yang kabur dan melihat hubungan Bersatu dengan Umno penuh prejudis tidak nampak perkembangan baru ini.
Mahiaddin Yassin seperti seiya sekata dengan Najib Razak berhubung pelaksanaan semula projek Keretapi Laju (SHR). Mahiaddin ketika bercakap dalam parlimen dilaporkan menyokong supaya projek HSR dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu itu diteruskan.
Bukan itu sahaja kata bekas PM itu, HSR hendaklah diteruskan hingga ke Bangkok, kononya projek itu bakal menjana ekonomi negara dan memberi peluang pekerajaan kepada rakyat.
Sebelum ini Najib Razak mencadangkan agar projek itu yang ditamatkan di era Mahiaddin diteruskan. Apabila Mahiaddin berkomentar demikian seakan beliau Mahiaddin menyambut cadangan bekas PM ke 7 itu. Idea agar HSR hingga ke Bangkok itu adalah idea Najib.
Saya melihat persamaan idea mereka mengenai HSR itu bukan berlaku secara tak sengaja semacam ada usaha untuk menemukan titik yang sama. Ia adalah mesej tersrat yang perlu difahami. Apakah persamaan itu sebagai mengendurkan ketegangan hubungan Bersatu dengan Umno?
Justeru pihak pembangkang jangan berasa lega dan selesa dengan menganggap kedua parti itu akan bergaduhan dan berlawan sesama sendiri dalam pilihan raya akan datang dan situasinya menguntungkan pembangkang.
Sebaliknya pembangkang perlu meletakkan ada kemungkinan Umno akan bersama Bersatu dengan didokong oleh Pas untuk membentuk satu komponen kuat bagi berhadapan dengan PH yang ketika ini seperti kehilangan arah pada Piraum akan datang? Mungkin pandangan berbeza, tetapi ini apa yang saya rasa.
Sumber :