Panas !!! Umno bakal namakan calon PM, tapi bukan Zahid

Panas !!! Umno bakal namakan calon PM, tapi bukan Zahid

Umno bakal namakan calon PM, tapi bukan Zahid. UMNO tidak mencalonkan presiden parti, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sebagai perdana menteri yang baharu kerana mahu memberi ruang kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menumpukan kes di mahkamah.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pendirian tersebut dinyatakan sendiri oleh Zahid yang akan mencadangkan beberapa nama lain untuk diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Menurutnya, UMNO tidak ketandusan pemimpin seperti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta ramai lagi yang berpengalaman luas sebagai anggota Kabinet.

“Presiden UMNO sudah menyatakan bahawa beliau berjiwa besar untuk tidak dicalonkan selaku perdana menteri kerana mahu menumpukan kepada membersihkan namanya di mahkamah.

“Memandangkan keadaan tidak mengizinkan untuk diadakan pilihan raya umum (PRU), perdana menteri yang bakal dicadangkan kelak hanya berfungsi untuk satu tempoh terhad antara enam bulan ke setahun bergantung kepada keadaan Covid-19,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Tambah Asyraf, sekiranya negara mencapai tahap Imunisasi berkelompok pada kadar 80 hingga 90 peratus maka rakyat dalam keadaan selamat untuk PRU.

Menurutnya, PRU penting bagi membentuk kerajaan yang mendapat mandat sebenar rakyat agar pelabur yakin dan percaya untuk melabur di negara ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berulang kali sengaja bertindak membelakangi UMNO menyebabkan parti itu membuat keputusan menarik sokongan.

Terbaharu ujarnya, Muhyiddin secara tergesa-gesa mengumumkan pelantikan jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kanan tanpa merujuk UMNO terlebih dahulu.

“Beliau tahu Mesyuarat MKT UMNO pada 19 Februari lalu telah menetapkan pendirian tidak menerima sebarang tawaran jawatan timbalan perdana menteri.

“UMNO juga menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan cadangan mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) dalam pertemuan antara Biro Politik UMNO dengan Muhyiddin pada Jun 2020.

“Namun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) secara senyap-senyap pada 28 Julai menubuhkan Jawatankuasa Penaja Parti PN dengan menarik penyertaan rakan Muafakat Nasional (PN) iaitu Pas,” katanya
Berita  Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/148765/BERITA/Nasional/UMNO-tidak-calonkan-Zahid-sebagai-PM

Paling Terkini : Panas !!! Mesyuarat Umno tegang? Ahli MKT bukak cerita apa yang berlaku