Panas !!! Tular Rauf calon KM Melaka, ini respons Sulaiman

KETUA Menteri Melaka sementara, Datuk Sulaiman Md Ali menafikan ada ‘tangan ghaib’ yang mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Malah, beliau menegaskan pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpinnya tidak mengikut telunjuk mana-mana pihak.

Katanya, dakwaan itu seolah-olah menggambarkannya seorang Ketua Menteri yang tidak mempunyai kredibiliti.

 

Tular Rauf calon KM Melaka, ini respons Sulaiman

“Bodoh ke saya? Saya tiada langsung kredibiliti ke untuk mentadbir dan menguruskan negeri?

“Rujukan saya…saya ada pegawai kewangan, penasihat kewangan, penasihat undang-undang dan kita ada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK),” katanya dalam wawancara khas ‘Anda Musykil Kami Terjah’ yang bersiaran secara maya di Facebook, malam tadi.

Mengulas mengenainya, Sulaiman menjelaskan, Pengerusi Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh tidak pernah mengganggu tugasnya selaku Ketua Menteri, apatah lagi ‘menguasai’ jemaah Exco kerajaan negeri.

Sulaiman menambah, meskipun kedudukan dalam parti Ab Rauf lebih tinggi iaitu sebagai ketua parti dan beliau hanyalah ketua cawangan, namun mereka tahu dan menyedari had dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing

“Apabila saya diangkat menjadi Ketua Menteri, saya maklum kepada Datuk Rauf, Datuk ‘this is the line, this is the border, I won’t never cross to this border’ dan Datuk jangan ‘cross this border, line ini’..sebab parti Datuk jaga, kerajaan negeri saya jaga.

“Untuk menjaga kerajaan ini, mengolahkan kerajaan ini ‘let me handle everything’, Datuk (Ab Rauf) parti, Datuk buat dan jaga parti baik-baik, saya akan jaga negeri ini sebaik yang mungkin.

“Jadi apabila mengatakan bahawa saya, kononnya hanya sebagai mengikut telunjuk kepada Datuk Rauf, saya menafikan sama sekali,” katanya.

BACA JUGA : Arab Saudi anjur pesta besar-besaran, Pitbull jadi artis undangan
Panas !!! Zahid tak percaya Mat Hasan, Ismail Sabri jaga UMNO

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Tular Rauf calon KM Melaka, ini respons Sulaiman […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Tular Rauf calon KM Melaka, ini respons Sulaiman […]