Panas !!! Thailand dakwa vaksin Sinovac batch C202105079 bermasalah

Panas !!! Thailand dakwa vaksin Sinovac batch C202105079 bermasalah

Thailand dakwa vaksin Sinovac batch C202105079 bermasalah

Sebanyak 110 botol vaksin Sinovac yang diterima oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) Thailand didapati mengandungi gumpalan gel yang tidak larut sekali gus rosak dan tidak boleh digunakan, lapor portal berita Coconut.co hari ini.

Timbalan Ketua Setiausaha FDA Thailand, Surachok Tangwiwat berkata, susulan penemuan itu, pihaknya telah mengarahkan petugas kesihatan agar tidak memberikan dos dalam kumpulan vaksin yang rosak itu kepada orang ramai.

Thailand dakwa vaksin

“Jika berlakunya sebarang keadaan luar biasa, ia perlu dilaporkan segera kepada kami,” katanya.

Kesemua vaksin yang rosak itu adalah daripada kumpulan C202105079 yang dihasilkan di China pada 19 Mei lalu dan mempunyai tarikh luput 9 November ini.

Kerosakan itu dipercayai disebabkan oleh cara penyimpanan dan pengangkutan yang salah.

Selain itu, suhu yang ideal untuk menyimpan vaksin Sinovac atau dikenali sebagai CoronaVac itu adalah antara 2 hingga 8 darjah Celsius.

Surachok turut berkata, vaksin Sinovac perlu digoncang sebelum digunakan.

Dalam kes kerosakan tersebut, gumpalan gel itu tidak larut dalam cecair meskipun selepas digoncang.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/06/29/fda-thailand-temui-gumpalan-dalam-bebuli-vaksin/

Jika Anda Terlepas:Moratorium kali ini sama macam tahun lepas – Zafrul