Panas !!! Taktik sebenar Umno namakan Sulaiman calon KM terbongkar

Berikutan Sulaiman Md Ali telah diumumkan secara rasmi sebagai calon Ketua Menteri bagi BN, ramai yang bertanya, apa jadi kepada Ab Rauf Yusoh, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka?

Taktik sebenar Umno namakan Sulaiman calon KM terbongkar

Sulaiman Md Ali

Apakah selepas 20 November nanti, andai ditakdirkan BN menang PRN Melaka dan Ab Rauf juga turut menang di Dun Tanjung Bidara, beliau hanya akan menjadi Adun biasa serta kekal sebagai Speaker saja?

Kenapa namanya diketepikan, walhal berdasarkan kedudukannya dalam parti, selain namanya sudah disebut ramai di merata-rata, beliaulah yang seharusnya dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka?

Berkaitan hal ini, berdasarkan tiga empat maklumat di Melaka memberitahu, nama Ab Rauf diketepikan kerana BN sedar kesan lebih buruk kepada gabungan itu untuk mencapai kemenangan jika namanya dicalonkan.

Ini kerana kata mereka, berbanding Sulaiman yang bebas daripada sebarang isu serta disenangi ramai, Ab Rauf agak berbeza keadaannya.

Kedudukan serta kehidupan peribadi Ab Rauf, kata mereka, terlalu banyak yang boleh dimanipulasi oleh pihak lawan serta dijadikan isu untuk melumpuhkan BN.

Dengan itu, mengenepikan Ab Rauf dan mengekalkan Sulaiman sebagai calon Ketua Menteri adalah pilihan yang dianggap paling selamat buat UMNO dan juga BN untuk mengejar kemenangan yang diidam-idamkan.

Begitu pun, tambah maklumat itu lagi, mengenepikan Ab Rauf bagi menduduki jawatan Ketua Menteri hanyalah bersifat sementara dan terhad kepada PRN Melaka ini semata-mata.

Menurut mereka lagi, Sulaiman sebenarnya hanya diletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka sehingga PRU15 saja dan beliau kemudian akan dipindahkan bertanding di kerusi Parlimen Masjid Tanah untuk menentang Mas Ermieyati Shamsuddin.

Pada PRU14 lalu, Mas Ermieyati memenangi kerusi Parlimen Masjid Tanah atas tiket BN, tetapi kemudian melompat menyertai Bersatu setelah PH menjadi kerajaan.

Meletakkan Sulaiman menentang Mas Ermieyati di Masjid Tanah dianggap sebagai pertaruhan terbaik BN untuk merampas kembali kerusi tersebut.

Pada PRN Melaka ini, Mas Ermieyati akan berlawan dengan Ab Rauf di kerusi Dun Tanjung Bidara.

Apabila Sulaiman diletakkan bertanding di kerusi Parlimen dalam PRU15 yang dijangka akan diadakan kira-kira setahun saja lagi daripada sekarang, ketika itu barulah Ab Rauf akan ditonjolkan sebagai calon Ketua Menteri Melaka.

Sebab itu, bagi BN adalah penting untuk mereka memenangi PRN 20 November ini, tidak terkecuali Ab Rauf juga harus menang di Tanjung Bidara.

Dengan BN menang PRN Melaka dan Ab Rauf juga menang di Tanjung Bidara, menonjolkannya sebagai Ketua Menteri Melaka pada PRU15 tidak lagi akan menimbulkan sebarang masalah.

Apa lagi, ketika itu Sulaiman sudah pun dipindahkan bertanding di kerusi Parlimen Masjid Tanah.

Berdasarkan maklumat yang diterima itu, bermakna walaupun nama Ab Rauf diketepikan untuk menjadi Ketua Menteri pada kali ini, tetapi laluan untuknya mengisi jawatan tersebut tetap sedang dibina dengan cantiknya.

Makna kata, pengisiannya untuk menduduki jawatan itu hanya ditangguhkan buat seketika supaya selepas ini tiada apa-apa halangan lagi menjadi gangguan kepadanya.

Dengan itu, PRN Melaka 20 November ini bolehlah dianggap medan untuk membina laluan istimewa buat Ab Rauf berjaya menduduki kerusi Ketua Menteri akhirnya.

Menang BN, maka terbinalah laluan sempurna untuknya dan hanya jika BN tidak menang dalam PRN Melaka ini, barulah apa yang dirancang itu jadi tergendala.

Sebab itulah, jelas maklumat itu lagi, orang paling awal memaklumkan Ab Rauf bukan calon Ketua Menteri ialah Najib Razak iaitu mentor kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka tersebut.

Masih mahukah pengundi Melaka memenangkan BN pada 20 November ini?

Sumber : https://shahbudindotcom.net/2021/11/12/jangan-beritahu-sesiapa-ab-rauf-tetap-akan-jadi-ketua-menteri-melaka.html

BACA JUGA : Setiausaha akhbar Mahathir ‘sound’ Muhyiddin
PRN Melaka : Bilik gerakan PN di Telok Mas ditutup kerana COVID-19, kompaun RM10,000

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Taktik sebenar Umno namakan Sulaiman calon KM terbongkar […]