Panas !!! Tahniah, tapi tunggu keputusan MKT Umno malam ini – Najib

Panas !!! Tahniah, tapi tunggu keputusan MKT Umno malam ini – Najib

Bekas perdana menteri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri Yaakob dan Hishammuddin Hussein atas pelantikan mereka sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kanan.

Bagaimanapun, kata anggota parlimen Pekan, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno juga akan membuat keputusan malam ini.

“Ingat ada pengumuman baik untuk keadaan Covid, moratorium yang lebih membebankan peminjam atau penambahan i-Citra tapi dapat pengumuman TPM dan menteri kanan baru pula.

“Seperti bagi menteri-menteri, pelantikan baharu ini bawah bidang kuasa khusus PM8. Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Apapun, kita tunggu dan lihat apa keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno malam ini,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/582112

BACA JUGA : Panas !!! Benarkah 35 MP enggan keluar kerajaan?, Ini penjelasan ahli MKT Umno