Panas !!! Sumber dedah hubungan Zahid-Hadi kian dingin, MN tinggal ‘nyawa-nyawa ikan’

Sumber dedah hubungan Zahid-Hadi kian dingin, MN tinggal ‘nyawa-nyawa ikan’.Hubungan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, disifatkan dingin dan antara faktor yang menyebabkan Muafakat Nasional berada di “penghujung jalan”, menurut sumber parti dan penganalis.

Sumber Umno mengesahkan dua pemimpin parti Melayu terbesar itu sudah lama tidak mengadakan pertemuan, dan tidak bercadang berbuat demikian dalam jangka waktu terdekat.

Sumber PAS turut mengesahkan perkara sama, walaupun ketika ‘nyawa’ Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan bersama oleh dua parti itu dilihat ibarat telor di hujung tanduk kerana isu penyertaan Bersatu dalam gagasan itu.

“Sudah lama mereka (Zahid dan Hadi) tak berjumpa, lama sangat. Saya sendiri tak ingat bila kali terakhir mereka berjumpa,” kata sumber itu.

Sumber lain berkata kedua-dua pemimpin itu memang berpeluang untuk berjumpa bagi meleraikan masalah MN semasa sidang Parlimen namun tidak berbuat demikian.

“Dekat Parlimen ada la (Zahid-Hadi) jumpa berselisih macam tu…tapi jumpa macam tu saja, tak ada la duduk bersama bincang hala tuju parti (masing-masing),” kata beliau.

Hubungan Umno dan PAS dilihat tegang, khususnya selepas Hadi menuduh Umno engkar piagam MN kerana menolak cadangan membawa Bersatu masuk dalam gagasan itu.

Tuduhan Hadi itu mengundang respon keras daripada Zahid. “Seseorang yang bergelar ulama harus mengikut ‘nas’ yang sahih bukan memanipulasi hukum mengikut selera politik untuk memperdagangkan agama demi mencapai objektif siasah,” kata Zahid minggu lalu.

hubungan

PAS turut mencetuskan rasa tidak puas hati Umno apabila bertanding sebagai sekutu Bersatu dan Perikatan Nasional pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka bulan lalu.

BN yang ditunjangi Umno menang majoriti dua pertiga PRN itu, PAS kalah di semua lapan kerusi yang ditandingi termasuk tujuh dalam saingan dengan calon Umno, manakala Bersatu menang dua DUN.

Meskipun pemimpin tertentu PAS mendakwa Hadi belum menolak terus MN seperti yang dilaporkan media, penganalisis politik Azmi Hassan berkata jangka hayat MN semakin pendek.

“Setakat ini memang MN seperti di penghujung jalan di mana kedua-dua parti (Umno-PAS) masih berkeras antara satu sama lain, terutama sekali mengenai Bersatu,” kata beliau.

Azmi yakin Hadi akan terus menolak MN jika isu Bersatu tidak diatasi, tetapi berkata kerjasama Umno-PAS “boleh diselamatkan” jika akar umbi PAS lantang menuntut pimpinan parti bekerjasama dengan parti itu.

“Hanya ada satu cara untuk PAS kembali kepada MN iaitu tekanan mesti datang dari akar umbi PAS kerana kita tahu akar umbi setia dengan parti tetapi dalam hal ini mereka berlainan pemikiran dengan kepimpinan.

“Faktor akar umbi mampu membuatkan kepimpinan berlembut sedikit dalam hal desakan (pimpinan PAS) agar Umno terima Bersatu dalam MN,” kata Azmi.

Justeru, beliau berpendapat masa depan MN itu “masih ada cahayanya” dalam suara akar umbi PAS yang mahu MN direalisasikan cuma ia dilakukan secara tersirat.

“Jika berlaku secara terang-terangan, ini boleh memaksa kepimpinan PAS bertukar pendirian mengenai MN,” katanya.

Kartini Aboo Talib dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata Umno harus bersikap terbuka untuk menerima Bersatu ke dalam MN, jika mahu mengelak bersaing dengan PN dalam meraih undi Melayu.

Katanya, Umno-Barisan Nasional tidak boleh menjadikan kemenangan majoriti 2/3 di Melaka sebagai indikator meraih kejayaan sama pada PRU15 kerana PAS kuat di kawasan tertentu seperti Kelantan, Terengganu, bahagian tertentu di Perak, dan Kedah.

Malah, katanya, Bersatu mempunyai bekas ahli Umno dan PKR yang mempunyai jaringan dan pengaruh tersendiri dalam kalangan pengundi Melayu.

Penganalisis politik veteran Ahmad Atory Hussain berkata sekiranya Umno bertegas tidak mahu Bersatu menyertai MN, PAS dijangka akan meninggalkan gagasan itu dan akan menyaksikan MN “akan terkubur”.

“PRN Melaka tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan Umno-BN pada PRU15 nanti. Walaupun Bersatu hanya menang dua kerusi di PRN Melaka, tapi undi popular parti itu meningkat…begitu juga PAS,” katanya.

BACA: ”Kau ingat gaji RM10k tu banyak ke?”, Brader ini dedah hakikat sebenar

Artikel ini disiarkan pada 11/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)