Panas !!! Status FB Ismail Sabri undang pelbagai spekulasi

Ismail

Status FB Ismail Sabri undang pelbagai spekulasi.Menjelang Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu di Istana Negara petang ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memuat naik status yang mencetuskan pelbagai persoalan di Facebook.

“Kepada Allah kita berserah,” tulis bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Malah Ahli Parlimen Bangi dari Pakatan Harapan (PH) turut memuat naik ciapan di Twitter berhubung ‘keajaiban’.

“Selamat pagi, Adakah anda percaya kepada keajaiban,” ciapnya.

Status yang dimuat naik kedua-dua Ahli Parlimen itu menimbulkan persoalan berhubung isu pelantikan Perdana Menteri baharu menjelang perbincangan khas Raja-Raja Melayu.

Status

Semalam Ismail Sabri antara 114 Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Bebas diperkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sesi itu diadakan selepas mereka menghantar surat akuan bersumpah (SD) bagi menyokong pelantikan Perdana Menteri baharu susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setakat ini, Ahli Parlimen Bera itu antara calon untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan selepas dikatakan mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/853601/status-fb-ismail-sabri-cetus-tanda-tanya

BACA: Sokongan bersyarat PN undang semula ketidakstabilan politik