Panas !!! SPRM sahkan terima laporan rasuah, salahguna kuasa terhadap KP ROS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima laporan terhadap Ketua Pengarah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM) Jasri Kasim berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Menurut sumber, dakwaan terhadap Jasri berkaitan dengan tindakan JPPM mengubah keputusannya pada 6 Ogos lalu bahawa penangguhan pemilihan Umno adalah tidak sah.

Pada Isnin, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, JPPM mendapati tiada masalah dengan tindakan Umno untuk menangguhkan pemilihan parti.

SPRM sahkan terima laporan rasuah, salahguna kuasa terhadap KP ROS

Ketua Pengarah JPPM Jasri Kasim dituduh menyalahgunakan kuasa berhubung pertukaran pendirian berkaitan dengan pemilihan Umno, seperti diumumkan Setiausaha Agung parti Ahmad Maslan. (Gambar Facebook Ahmad Maslan)

Ia kurang sebulan selepas JPPM memutuskan bahawa penangguhan pemilihan Umno sehingga 18 bulan adalah tidak sah, seterusnya parti itu diarahkan menetapkan tarikh baharu untuk mengadakannya secepat mungkin.

“Laporan telah dibuat oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan terbaru dan percaya orang politik yang memihak kepada pemimpin tertentu, telah mempengaruhi keputusan JPPM itu dengan salah guna kuasa serta rasuah.”

Ketika dihubungi, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan menerima laporan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Keputusan JPPM sebelum ini terhadap penangguhan pemilihan Umno telah mengejutkan beberapa pemimpin parti yang melihatnya sebagai “pusingan U”. Ini berikutan JPPM dalam surat kepada Umno pada 19 Julai lalu berkata ia tiada masalah dengan penangguhan berkenaan.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/02/sprm-terima-laporan-terhadap-jppm/

BACA JUGA : Norazlan kini Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu