Panas !!! SPRM dedah 149 kertas siasatan berprofil tinggi dibuka

SPRM

SPRM dedah 149 kertas siasatan berprofil tinggi dibuka.Sebanyak 687 kertas siasatan dibuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh awal tahun ini sehingga Ogos lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 149 kes melibatkan siasatan kategori berprofil tinggi, tumpuan umum dan sensitif (HPPIS) manakala 538 lagi adalah kertas siasatan kategori biasa.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, dalam tempoh sama, sejumlah 660 tangkapan dilakukan yang mana sebanyak 347 telah dituduh melibatkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pegawai tinggi kerajaan dan ahli perniagaan.

Kata beliau, tindakan itu sekali gus menunjukkan tindakan proaktif SPRM dalam melaksanakan pelbagai operasi, tangkapan dan pertuduhan di mahkamah termasuk kes-kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam meskipun berdepan pelbagai cabaran semasa antaranya pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Dengan tindakan-tindakan operasi yang konsisten, sistematik dan berimpak tinggi, saya percaya kita mampu mewujudkan satu suasana ‘deterrent’ seterusnya perasuah-perasuah lebih gentar terlibat dalam gejala rasuah serta salah guna kuasa.

“Amat penting untuk kita menghantar satu mesej yang kuat dan jelas kepada perasuah-perasuah bahawa SPRM tidak sama sekali berkompromi serta bertoleransi dengan perbuatan keji sedemikian yang boleh menghancurkan kemakmuran negara,” katanya.

 SPRM

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ulang Sambutan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) atau SPRM yang Ke-54, di sini hari ini.

Tema sambutan kali ini ialah “Semarakkan Integriti, Rasuah Diperangi” bermaksud dalam usaha memerangi rasuah, semangat membudayakan integriti perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

Sementara itu, Azam berharap semua pegawai SPRM cekap dan bersiap siaga dengan mempunyai kemahiran tinggi selain meningkatkan taraf pendidikan, pengetahuan dan lain-lain dalam menghadapi cabaran-cabaran baharu yang lebih kompleks sejajar dengan perubahan trend dan perkembangan teknologi.

Dalam perkembangan berasingan, beliau memberitahu, SPRM melaksanakan beberapa pendekatan pencegahan antaranya adalah dengan menempatkan sebanyak 99 pegawai SPRM ditempatkan di agensi luar.

“Sebanyak 77 pegawai SPRM yang berperanan sebagai Certified Integrity Officer (CeIO) diletakkan di 48 buah agensi awam diikuti sebanyak 12 pegawai SPRM telah ditempatkan di 11 buah Syarikat Berkaitan Kerajaan.

“Dua pegawai pula ditempatkan di pejabat menteri dan ketua menteri,” ujarnya.

Dalam pada itu, kata beliau, Bahagian Pengurusan Integriti SPRM melaksanakan penarafan semula risiko rasuah ke atas 818 buah agensi daripada jumlah keseluruhan 996 buah agensi awam termasuk badan berkanun, tahun lalu.

“Bukan itu sahaja, penarafan semula turut dilaksanakan ke atas 377 syarikat berkepentingan kerajaan (SBK) sehingga Ogos lalu.

“Dapatan penarafan semula tersebut diedarkan secara berperingkat dari masa ke semasa.” jelasnya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/149-kertas-siasatan-dibuka-sprm-berprofil-tinggi/

BACA: Bilangan rumah untuk dilelong bank meningkat, bilangan muflis bertambah

COMMENTS

Wordpress (0)