Panas !!! Speaker didakwa ditekan ‘pihak tertentu’

Sidang Dewan Rakyat hari ini sedikit kecoh susulan dakwaan seorang menteri kanan bertindak menghalang Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming daripada menjalankan tugas sebagai Speaker sementara pada Isnin.

Situasi tegang itu berlaku selepas Gobind Singh Deo (PH-Puchong) bertanya sama ada benar dakwaan Datuk Azhar Azizan Harun dipengaruhi seorang menteri kanan sehingga terpaksa membatalkan permintaan memberi ruang kepada Kor Ming mempengerusikan mesyuarat itu.

Bagaimanapun, Azhar menafikan bahawa beliau ditekan pihak tertentu sehingga mengubah fikiran.

Speaker didakwa ditekan 'pihak tertentu'

Sebaliknya, Yang Dipertua Dewan Rakyat itu menjelaskan ia adalah keputusan beliau sendiri kerana mengubah fikiran pada saat akhir.

“Memang mengikut peraturan 7(3), saya mempunyai kuasa (meminta digantikan sementara waktu).

“Saya memang ada bagi surat kepada Yang Berhormat Teluk Intan selepas beliau bersedia menerima permintaan saya, namun saya menukar fikiran pada saat akhir.

“Sememangnya prosiding itu sah sebab saya balik semula untuk mempengerusikan mesyuarat. Saya tidak didorong atau ditekan oleh sesiapa untuk menukar fikiran. Saya cuma menggunakan kuasa saya untuk mengubah fikiran,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, pada sesi pagi beberapa wakil rakyat dari parti DAP mempersoalkan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang didakwa menghalang Kor Ming daripada menjadi Speaker sementara.

Antaranya Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka) yang dilihat bangkit mempersoalkan tindakan seorang menteri kanan yang didakwa telah campur tangan dan salah guna kuasa menyekat Speaker, Azhar daripada mengundang Kor Ming sebagai Speaker jemputan.

“Saya minta penjelasan siapakah menteri kanan yang telah masuk campur, salah guna kuasa? Ada seorang menteri kanan telah sekat Speaker mengundang Teluk Intan sebagai Speaker semalam (Isnin)?

“Saya nak tahu adakah menteri kanan tersebut ada dalam Dewan pagi ini? Hari ini saya lihat ada dua menteri kanan di sini, adakah mereka salah seorang daripada mereka ada di sini? Sebagai ahli Parlimen kita ada hak untuk tahu,” soalnya.

Gobind turut bangkit mencabar Azmin untuk mengakui dakwaan tersebut, sebelum Ahli Parlimen Gombak itu bangkit menyatakan: “Saya berani (berdiri) kerana ini sesi soal jawab.”

Pada Isnin, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan Kor Ming telah diundang, secara bertulis oleh Azhar untuk mempengerusikan sidang itu pada sebelah petang Isnin namun mendakwa seorang ‘menteri kanan Kabinet’ bertindak menghalangnya daripada ia berlaku.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/dewan-kecoh-azhar-nafi-ditekan-menteri-kanan-halang-nga-kor-ming-pengerusikan-mesyuarat-320950

BACA JUGA : Genting Highlands sudah sedia untuk dibuka, kata Menteri

COMMENTS

Wordpress (0)