Panas !!! Speaker bertegang leher dengan Ahli parlimen

Speaker

Speaker bertegang leher dengan Ahli parlimen.Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bertegang leher dengan beberapa ahli Parlimen pembangkang kerana kecoh mempertikaikan perjalanan Sidang Khas Parlimen hari ini.

Katanya, semua ahli Parlimen perlu diam ketika beliau bercakap dan bukannya mempersoalkan tugas beliau.

“Kalau ahli Parlimen pandai peraturan dewan, kalau saya bercakap semua ahli Parlimen kena diam.

“Jadi saya tidak bersetuju dengan semua Yang Berhormat cakap,” katanya.

Speaker

Terdahulu, beliau menjawab beberapa persoalan dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang bangkit mempersoalkan perjalanan persidangan Parlimen hari ini iaitu tidak memberi ruang kepada anggota dewan untuk berbahas dan mengundi berhubung Proklamasi Darurat.

Antara yang bangkit adalah Tun Dr. Mahathir Mohamed (Pejuang-Langkawi), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (Warisan-Semporna) dan Ram Karpal (DAP-Bukit Gelugor).

Berita Penuh :https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/saya-tidak-bersetuju-dengan-semua-yang-berhormat-cakap/

jika Terlepas: Akhirnya para YB bakal kembali beraksi di Parlimen hari ini

COMMENTS

Wordpress (0)