Panas !!! Sidang parlimen tangguh lagi, Muhyiddin masih tidak kelihatan

Sidang parlimen tangguh lagi, Muhyiddin masih tidak kelihatan.Persidangan Khas Dewan Rakyat petang ini sekali lagi ditangguhkan hingga 3.30 petang.

Arahan itu dikeluarkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said semasa sesi petang persidangan yang sepatutnya bermula 2.30 petang.

“Ahli Yang Berhormat perbincangan masih diadakan berkenaan aturan mesyuarat pada hari ini. Sehubungan itu saya menangguhkan mesyuarat hari ini sehingga 3.30 petang,” kata Azalina.

Terdahulu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon menangguhkan persidangan Parlimen sesi pagi lebih awal pada 12.45 tengah hari yang sepatutnya berhenti pada 1 tengah hari.

Ia susulan kenyataan Istana Negara, bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dukacita dengan pengumuman pembatalan Ordinan Darurat oleh kerajaan pada 21 Julai lalu.

Sementara itu beberapa wakil pembangkang mempersoal penangguhan kali kedua itu.

“Speaker tangguh lagi, kenapa?,” soal RSN Rayer (PH-Jelutong).

Teo Nie Ching (PH-Kulai) pula meminta speaker meletak jawatan dan tidak perlu berbincang lagi.

“Ada berita besar ke,” celah Cha Kee Chin (PH-Rasah).

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/29/sidang-parlimen-sekali-lagi-tangguh-hingga-3-30-petang/

jika Terlepas: Tindakan Takiyuddin mungkir perjanjian punca Agong zahir dukacita

COMMENTS

Wordpress (0)