Panas !!! Setiap lima bulan perlu ambil dos vaksin tambahan

Guru

Setiap lima bulan perlu ambil dos vaksin tambahan.Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memaklumkan bahawa beliau bersama Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Negara (CDC) merangkap Ketua Penasihat Perubatan, Dr. Anthony Fauci sedang berbincang tentang keperluan memberikan dos penggalak vaksin Covid-19 bagi setiap lima bulan kepada penduduk negara itu.

Menurut laporan akhbar New York Post, pemberian dos penggalak dalam jangka masa lebih pendek berbanding setiap lapan bulan yang dirancang sebelum ini akan memberi kesan kepada bekalan vaksin sedia ada di AS.

Ini kerana banyak negara miskin di dunia yang masih mengharapkan bantuan vaksin daripada AS untuk mencapai imuniti kelompok.

“Saya sedang berbincang dengan Dr. Fauci sama ada wajar untuk memendekkan tempoh pengambilan dos penggalak menjadi setiap lima bulan berbanding lapan bulan seperti yang dirancang sebelum ini.

“Program vaksinasi dos penggalak bagi rakyat AS akan bermula pada 20 September ini selepas mendapat persetujuan Pentadbiran Makanan dan Ubat AS (FDA) serta jawatankuasa pakar luar CDC,” kata Biden.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan pandangan Fauci mengenai tempoh masa pengambilan dos penggalak bagi rakyat AS.

Pfizer dan BioNTech yang merupakan vaksin paling banyak digunakan di AS sebelum ini meminta kebenaran daripada FDA untuk mengeluarkan dos penggalak dengan mengatakan bahawa data menunjukkan suntikan ketiga meningkatkan kemampuan tubuh untuk melawan virus.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/28/as-pertimbang-pendekkan-jarak-pengambilan-dos-penggalak-setiap-5-bulan/

BAca: “Rumah dan sewa belum dibayar”, lelaki dedah punca naik angin sewaktu disaman