Panas !!! Setelah tragedi hilang emas, jurulatih Ziyad akhirnya buka mulut

Setelah tragedi hilang emas, jurulatih Ziyad akhirnya buka mulut.

“Kepada semua pihak yang nak cari siapa salah, siapa tak salah, saya nak kata saya bertanggungjawab atas semua yang berlaku. Janganlah tuding jari kepada orang lain.”

Demikian kata Faizol Harun, jurulatih kepada atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika mereka tiba di negara pada Jumaat.

Setelah tragedi hilang emas, jurulatih Ziyad akhirnya buka mulut

Menurutnya, beliau tidak menganggap isu tersebut sebagai sabotaj daripada lawan sebaliknya kerana sedikit kesilapan teknikal.

Tambahnya, mereka pada asalnya tiba awal, kira-kira jam 5.55 petang (acara bermula jam 6.00 petang) namun ditahan dan tidak dibenarkan masuk ketika hampir di ‘call room’.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-sukan/saya-bertanggungjawab-atas-semua-yang-berlaku-jurulatih-ziyad-317690

Baca Juga : Sesuaikah Peja jadi Menteri Belia dan Sukan dengan cara berfikir sebegini?