Kantoi ‘berbohong’, KKM padam ciapan isu CAC Shah Alam

Kantoi ‘berbohong’, KKM padam ciapan isu CAC Shah Alam

Setelah kantoi ‘berbohong’, KKM padam ciapan kerkaitan CAC Shah Alam. Kementerian Kesihatan (KKM) memadam ciapan yang menyangkal dakwaan berkenaan kehadiran ramai orang di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Pada masa sama, KKM masih bertegas jumlah orang di sana tidak seramai seperti didakwa di media sosial.

Pada mulanya, warganet menyangkal penafian KKM bahawa sejumlah 2,000 orang ke CAC semalam. Penafian itu turut melampirkan gambar yang memaparkan banyak kerusi yang kekal kosong di stadium itu.

kantoi

“Dakwaan 2,000 pesakit Covid-19 di CAC Stadium Melawati hari ini (semalam) adalah tidak benar. Dua gambar ini menunjukkan situasi sebenar di stadium hari ini.

“Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), semua pesakit yang datang ke CAC hari ini telah dinilai dan menunggu dimasukkan ke wad,” kata KKM dalam ciapan yang telah dipadam itu.

Ciapan itu dibuat pada 7.45 malam tadi dan didapati telah dipadam beberapa jam kemudian, selepas pengguna Twitter membidas dan tidak menerima penafian itu.

Ditanya berkenaan ciapan tersebut, seorang jurucakap KKM memberitahu Malaysiakini ia dibuang kerana mengandungi “maklumat salah daripada JKNS berkenaan tarikh dan gambar”.

Bagaimanapun, dia berkata kurang 1,500 orang yang ke CAC Stadium Melawati semalam, bukan seramai 2,000 orang seperti didakwa.

Sebelum ciapan itu dipadam, pengguna Twitter @faizol_zaman bertanya jika KKM benar-benar “serius” menafikan perkara itu. Dia mendakwa yang dirinya antara yang berada di CAC itu semalam.

“Kakitangan bertugas juga cakap hari ini hampir 2,000 orang daftar menerusi Selangkah di CAC.


“Saya tak dapat faham sebab saya sampai di CAC Shah Alam jam tujuh pagi tadi, ketika itu pun sudah ramai orang menunggu.

“Hampir 100 petugas barisan depan pakai peralatan perindungan peribadi (PPE) sepanjang hari, dan ada seorang petugas yang menjerit sampai hilang suara untuk kendali ribuan orang yang ada, dan anda masih cakap (gambar) palsu?” dakwanya lagi.

Dia juga mendakwa gambar yang dimuat naik KKM mungkin diambil pada awal pagi semalam, ketika masih tak ramai orang yang berada dalam CAC tersebut.

Malaysiakini tidak dapat secara bebas mengesahkan dakwaan ini.

CAC Stadium Melawati adalah untuk daerah Petaling di Selangor yang berkepadatan tinggi. Petaling juga menjadi daerah dengan kes positif tertinggi di Malaysia.

Sejak dua minggu lalu, terdapat 10,872 kes dilaporkan di sana (purata 777 kes sehari). Ia tidak termasuk kes import.

Angka JKNS menunjukkan 1,313 kes dilaporkan di daerah itu semalam, berbanding 666 kes pada Rabu dan 904 kes pada Selasa.

CAC berperanan menilai mereka yang disahkan positif Covid-19 dan memutuskan sama ada mereka perlu menjalani kuarantin di rumah, ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 berisiko rendah (PKRC) atau dirujuk ke hospital.

Ia juga memantau pesakit yang menjalani kuarantin di rumah dan membuang gelang kuarantin yang dipakai sebaik mereka tidak lagi perlu menjalaninya.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/582321

paling Terkini : Panas !!! Situasi CAC Shah Alam, lelaki ini dedah KKM berbohong