Panas !!! Seorang lagi Adun Warisan keluar parti, tubuh parti baharu

Naib Presiden Warisan Peter Anthony dikhabarkan bakal membuat pengumuman penting mengenai hala tuju politiknya, esok.

Semalam, Peter yang juga ADUN Melalap menjemput media hadir ke sidang media khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), 12.30 tengah hari esok.

Walaupun tidak dapat dipastikan inti pati sidang media itu, namun khabar angin mengatakan yang beliau bakal keluar daripada Warisan untuk menubuhkan parti baharu.

Panas !!! Seorang lagi Adun Warisan keluar parti, tubuh parti baharu

Khabar angin mengatakan Peter Anthony bakal keluar daripada Warisan untuk menubuhkan parti baharu.

Selain itu, timbul juga khabar angin mengatakan beliau bakal menjadi ADUN bebas yang mesra kerajaan

Sumber yang rapat dengan Peter ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai sidang media berkenaan, namun berkata pemimpin berusia 50 tahun itu mungkin akan “beralih arah”.

Selain Naib Presiden Warisan, Peter juga adalah presiden sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia.

Khabar angin turut mengatakan beliau akan menggunakan KDM Malaysia sebagai platform baharu politiknya.

Sebelum ini, Warisan kehilangan tiga ADUN selepas Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik), Yusof Yacob (Sindumin) dan Mohamaddin Ketapi (Segama) keluar parti.

Semua mereka pada mulanya mengumumkan keluar daripada Warisan untuk menjadi ADUN bebas mesra kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Bagaimanapun, Hassan dan Mohamaddin kemudian mengumumkan menyertai Bersatu namun Yusof sehingga kini kekal sebagai ADUN bebas mesra kerajaan.

BACA JUGA : Peja akui memang bercuti ke Dubai Rabu lepas
Ini beza cara kerajaan PH tangani bencana berbanding kerajaan sekarang

Artikel ini disiarkan pada 27/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)