Panas !!! Secara moralnya, Muhyiddin sudah kalah – Shahrir Samad

Panas !!! Secara moralnya, Muhyiddin sudah kalah – Shahrir Samad

Bekas Menteri Kabinet BN, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menempelak Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu menolak permohonan Perdana Menteri untuk melaksanakan darurat.

Shahrir yang juga dikenali sebagai Tok Uban dalam Facebook miliknya menyifatkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mengalami kekalahan moral manakala Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai lebih bijaksana.

“Apa nak jadi kepada negara kita apabila kerajaan dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang ‘nasihat’nya kepada Ketua Negara ditolak.

“Walaupun ditemani oleh menteri-menteri kanan, IGP dan Ketua Angkatan Tentera, masih Ketua Negara tidak dapat diyakini,” kata Shahrir yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu.

Turut memberi reaksi adalah adiknya, Khalid Abdul Samad yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam merangkap Pengarah Komunikasi AMANAH.

“Kalau saya Muhyiddin, saya letak jawatan. Tapi kalau pegang pada ‘malu apa bossku’, buat tak tahu saja,” katanya sambil berkongsikan respon abangnya dengan komentar, “Hebat juga komen ‘Tok Uban’ ni.”

Dalam masa sama, Khalid secara sinis menambah Muhyiddin masih boleh ‘taici’ memandangkan Agong tidak memintanya untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Agong tak suruh letak jawatan. Hanya tolak nasihat isytihar darurat. Masih boleh taici. Seluar koyak di belakang bukan depan,” perlinya lagi.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/muhyiddin-alami-kekalahan-moral-bidas-tok-uban/