Panas !!! Rumah pemimpin MCA kena simbah cat merah, Ayob Khan perjelas kenapa kes itu rumit

Polis Johor akan meminta bantuan polis Singapura bagi membantu siasatan kes ugutan terhadap Timbalan Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Chua Jian Boon yang rumah dan dua keretanya disimbah cat merah oleh individu tidak dikenali baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ia susulan individu yang dipercayai terlibat dalam kes itu menggunakan nombor telefon dan akaun bank Singapura.

“Jadi, kita terpaksa minta bantuan negara itu (polis Singapura) untuk siasatan lanjut sebab ia bukan kes mudah.

Rumah pemimpin MCA kena simbah cat merah, Ayob Khan perjelas kenapa kes itu rumit

Keadaan di perkarangan rumah Timbalan Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Chua Jian Boon di Kulai selepas disimbah cat merah pada Khamis lalu.

“Ramai pertikai kenapa kita tidak selesaikan dengan cepat, tetapi perlu tahu modus operandi kes ini dilakukan secara tersusun dan teliti seperti pakai topeng dan bawa kenderaan nombor pendaftaran palsu yang sekali gus menyukarkan siasatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, pihaknya pada masa sama telah merekodkan keterangan tiga saksi yang melihat kejadian itu dengan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Pada 7 Okt lalu, kediaman dan dua kereta Chua disimbah cat merah, dengan satu nota ugutan ditinggalkan di rumahnya di Kulai.

Ugutan itu dipercayai berlaku selepas Chua membantu seorang mangsa yang diburu syarikat pengutip hutang.

Sementara itu, Ayob Khan berkata, pihaknya menyerbu dua premis hiburan tanpa lesen yang beroperasi dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Taman Mount Austin dan Taman Cahaya Kota Puteri, Masai pada 12.10 tengah malam tadi.

Dalam operasi di Taman Mount Austin, 23 individu termasuk seorang lelaki tempatan yang dipercayai penjaga premis terbabit dikompaun berjumlah RM135,000.

Di Taman Cahaya Kota Puteri pula, 96 individu dikompaun, termasuk seorang wanita tempatan yang merupakan penjaga premis berkenaan dengan keseluruhan kompaun berjumlah RM485,000.

“Dalam serbuan kedua ini (Taman Cahaya Kota Puteri), kita menahan lima individu, iaitu penjaga premis, tiga wanita asing yang didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan seorang lelaki tempatan memiliki rekod dadah untuk tindakan lanjut.”

Katanya, semua individu dalam dua serbuan terbabit berusia 16 hingga 63 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Johor 4/98, Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/10/polis-johor-minta-bantuan-singapura-kes-ugutan-ahli-mca/

BACA JUGA : Rogol anak kandung, lelaki OKU dipenjara 15 tahun dan sebat 10 kali

COMMENTS

Wordpress (0)