Panas !!! Rakyat berang kerajaan hanya “tutup mata” tengok Fun-Fair langgar SOP

Panas !!! Rakyat berang kerajaan hanya “tutup mata” tengok Fun-Fair langgar SOP

Orang ramai menyuarakan kebimbangan berhubung operasi sebuah taman hiburan di Cheras Selatan, Balakong, Selangor yang didakwa melanggar SOP Covid-19.

Dalam klip video berdurasi 13.35 minit yang tular di media sosial, seorang lelaki mempersoalkan langkah pihak berkuasa tempatan membenarkan taman hiburan itu dibuka ketika angka jangkitan masih tinggi.

“Ketika darurat, bulan Ramadan, perlukah ‘fun fair’? Bazar Ramadan pun ada had umur, ‘fun fair’ tiada pula?,” kata lelaki terbabit dalam klip video berkenaan.

Beliau turut mempersoalkan penguatkuasaan prosedur SOP di kawasan sesak itu.

“Mana pihak berkuasa? Terang-terang mereka yang beratur panjang tiada jarak,” katanya.

Taman hiburan itu didakwa terletak di sebelah pusat beli-belah di Cheras Selatan dan dibuka pada 12 April hingga 24 Mei bermula jam 7.30 hingga 12 malam

Pengguna Facebook, Suresh Kumar berkata, kes jangkitan Covid-19 masih tinggi, tetapi taman hiburan dibenarkan beroperasi.

“Penting sangat ke ‘fun fair? Kes tak turun bawah 1,000 kes lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Aiman Nor Amri pula menjangka “kluster taman hiburan” akan muncul tidak lama lagi.
Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/26/orang-ramai-bimbang-fun-fair-langgar-sop-cetus-kluster-baharu/