Panas !!! Raja Petra dilapor biadab, hina institusi Istana?

Raja Petra

Raja Petra dilapor biadab, hina institusi Istana.Penulis Malaysia yang kini berlindung di United Kingdom, Raja Petra Kamarudin dilihat telah secara terang terangan menyerang Yang DiPertuan Agong apabila mendakwa baginda melambat-lambatkan upacara mengangkat sumpah Datuk Seri Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

Dengan tajuk berita “Agong menyekat perlantikan Ismail Sabri sebagai PM-9“, Raja Petra mendakwa, dua pegawai yang dekat dengan Istana Negara dan Istana Perak telah menjadi penghubung istana dengan pemimpin luar.

“Agong melampaui kuasanya dan memaksa Malaysia ke dalam satu lagi krisis Perlembagaan,” dakwa Raja Petra yang lebih dikenali sebagai RPK ketika menulis dalam blognya, Malaysia-today.net.

Penulis yang dilihat memihak kepada kerajaan Perikatan Nasional (sebelum ini kepada Datuk Seri Najib dan sebelum itu Anwar) itu mendakwa, dua pegawai kanan Istana telah menyampaikan mesej kepada Perikatan Nasional bahawa Ismail tidak akan mengangkat sumpah sebagai PM-9 selagi beliau tidak bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan dan melantik Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri.

RPK (kiri sekali) meraikan presiden Pas dan lain-lain pemimpin kanan parti itu ketika mereka ke London.

Raja Petra
“Kedua-dua orang penting itu adalah Mohd Annuar Zaini dan Ahmad Fadil Shamsuddin, yang bukan sahaja penasihat Agong tetapi penyokong tegar Anwar Ibrahim,” dakwa RPK yang biasa meraikan ramai pemimpin Pas apabila mereka berkunjung ke England.

Datuk Mohd Annuar Zaini adalah pihak yang rapat dengan Baginda Sultan Perak manakala Datuk Indera Ahmad Fadil adalah Datuk Pengelola Bijaya Diraja yang biasanya membuat kenyataan Istana Negara bagi pihak Yang Dipertuan Agong.

Dakwa RPK, penulis yang pergi ke England selepas siasatan dibuat ke atas beliau sebelum ini, orang inilah yang selama ini yang membocorkan dokumen Istana Negara dan surat kepada media sosial dan media arus perdana.

Berita yang ditulis malam tadi itu kini tular dan dikongsikan oleh lebih 4,000 pembaca dalam media sosial masing-masing.

Di media sosial, aktivis mula menyifatkan RPK menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong.

“RPK tuduh YDPA langgar perlembagaan? #Derhaka,” tulis Jamzuri Ardani.

Moreeza Mohamad yang membuat komen terhadap posting itu menulis, “Cam dah gelabah je RPK tu. Kerja dia memang nak menghalang sesuatu yang baik dari jauh.”

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar seluruh Ahli Dewan Rakyat dapat bersatu hati mewujudkan perpaduan dan penyatuan semua parti politik dengan memberi fokus kepada isu semasa dan menjernihkan kembali kekusutan yang berlaku.

“Kesepakatan dan kejujuran Ahli-ahli Dewan Rakyat sangat perlu bagi memastikan kemaslahatan dan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

“Ahli-ahli Dewan Rakyat perlu mempamerkan solidariti dengan meneruskan ikhtiar, memberikan komitmen yang tinggi dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” titah baginda dalam kenyataan Istana Negara 18 Ogos kelmarin.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/raja-petra-serang-istana-dakwa-agong-mahu-anwar-dilantik-timbalan-pm/

BACA: Kuku tangan boleh tentukan seseorang positif covid-19