Panas !!! Radzi Jidin ‘kantoi’ bila umum jumlah laptop percuma yang telah diagihkan

Panas !!! Radzi Jidin ‘kantoi’ bila umum jumlah laptop percuma yang telah diagihkan

Pada 6 November 2020, Tengku Zafrul berkata 150,000 laptop akan diberi kepada pelajar-pelajar B40 di 500 buah sekolah seluruh negara, di bawah Inisiatif Cerdik yang diusahakan Yayasan Hasanah

Pada 25 April lalu, The Malaysian Reserve telah melaporkan bahawa “13,000 peranti telah diserahkan kepada jabatan-jabatan pendidikan negeri.” Tambahan, 37,000 lagi peranti dijangka siap dihantar menjelang akhir Mei. (https://themalaysianreserve.com/…/50000-students…/)

Hari ini, 6 Jun 2021, iaitu 7 bulan dan 1 hari selepas pengumuman Tengku Zafrul, Dr Radzi Jidin memaklumkan bahawa jumlah laptop yang telah diberikan hanyalah 12,887 unit (8.6%), 40,290 unit (26.9%) akan diagih menjelang 12 Jun, dan baki 96,823 unit (64.5%) hanya dijangka diserahkan menjelang ‘akhir September’ (https://m.malaysiakini.com/news/577793).

Jika dua laporan berita ini adalah benar, bermaksud sejak 25 April hingga hari ini, iaitu 43 hari, tiada unit peranti baru yang telah diserahkan.

Malah jika kita ambil secara harfiah (‘literally’) kenyataan wakil Yayasan Hasanah di dalam laporan The Malaysian Reserve, ia bermaksud sejak 25 April, jumlah peranti yang diserahkan telah berkurangan 113 unit.
Jadi sebenarnya tidak ada apa-apa benda baru berkaitan program laptop yang diumum Radzi Jidin hari ini!

Inilah mengapa Parlimen wajib bersidang. Jika soalan Ahli-Ahli Parlimen seawal Mac berkaitan pemberian 150,000 laptop ini dijawab dengan telus oleh Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan, sudah pasti rakyat Malaysia akan tahu lebih awal bahawa cara pemberian peranti pinjaman yang diusahakan Kerajaan PN ini gagal.

Dan tidak lah kita tertunggu-tunggu atau tertanya-tanya seperti yang berlaku sekarang.

Saya gesa Kerajaan yang ada sekarang ini untuk bukan sahaja rombak cara pemberian yang teramat lambat, malah tukar juga dasar program iaitu dari pinjaman kepada pemberian terus kepada pelajar B40.
Gagal.

Sumber :