Panas !!! Presiden Pas bidas golongan yang mahu ambil alih pentadbiran negara

Panas !!! Presiden Pas bidas golongan yang mahu ambil alih pentadbiran negara

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengecam beberapa pihak yang didakwa tidak berhenti berpolitik ketika situasi COVID-19 negara semakin meruncing.

Pas menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bahawa segala ‘politicking’ perlu dihentikan supaya tidak mengganggu pentadbiran negara.

“Secara khusus, Pas memahami keadaan darurat pandemik COVID-19 dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya dihentikan segala ‘politicking’ yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

“Namun, masih lagi terdapat dalam kalangan kita yang seolah-olah meletakkan Malaysia berada di luar alam bumi.

“Mereka masih tidak henti-henti daripada ‘politicking’ dan sangat bernafsu untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan negeri dalam suasana COVID-19 yang sebegini rupa,” ujar beliau dalam kenyataan yang dikongsi di akaun Facebook peribadinya.

Kenyataan tersebut ditulis Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu dari Institut Jantung Negeri di mana beliau sedang menerima rawatan susulan selepas dikejarkan ke Hospital Putrajaya pada 16 Februari lalu setelah mengalami sesak nafas.

Abdul Hadi dalam masa sama turut memetik perbandingan yang pernah dibuat Rasulullah SAW terhadap tindakan kumpulan ini laksana mereka yang berada di petak bawah di dalam sebuah bahtera.

“Mereka ingin menebuk kapal daripada bawah kerana bersikap gopoh ingin mendapatkan air untuk mereka sahaja tanpa mengira semua orang yang berada di dalam bahtera. Mereka perlu dihalang agar semuanya selamat,” tulis beliau lagi.

Dalam kenyataan sama, Abdul Hadi mendakwa, Pas sebaliknya, mengutamakan kepentingan rakyat atas beberapa peranan yang diamanahkan kepada parti itu.

“Setelah membentuk kerajaan Perikatan Nasional mengikut lunas demokrasi, Pas yang diberikan beberapa peranan dalam Kabinet terus menjalankan tugas masing-masing tanpa banyak soal, kerana Pas meletakkan kepentingan rakyat yang lebih diutamakan,” tegasnya.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/presiden-pas-bidas-pihak-yang-masih-bernafsu-untuk-ambil-alih-tampuk-negara-ketika-covid19-belum-reda-302338